REFLEKSI MINGGU TIGA HMT223
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke blog saya. Untuk blog kali ini, saya akan memberi refleksi bagi tutorial pertama, kuliah keempat dan kuliah kelima. Tutorial Pertama (24 September 2018) Bagi refleksi tutorial pertama, pada mulanya saya berasa agak gementar memandangkan tutorial baru bermula dan kami semua diminta untuk mempersembahkan kerja kami iaitu infografik semasa tutorial. Namun, saya mula berasa seronok mengadakan tutorial bersama dengan Dr. Norsofiah kerana melalui tutorial ini, kami semua berbincang antara satu dengan lain berkaitan dengan tugasan yang diberikan iaitu tatabahasa preskriptif dan tatabahasa deskriptif. Melalui tutorial ini, Dr. Norsofiah mengajukan soalan kepada kami untuk menguji tahap kefahaman kami berdasarkan soalan yang diberikan. Di akhir tutorial ini, saya dengan rakan-rakan yang lain lebih memahami berkaitan tatabahasa preskriptif dan deskriptif yang telah diajarkan. Kuliah Empat (25 September 2018) Refle...