REFLEKSI MINGGU PERTAMA HMT223

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat berminorkan bahasa Melayu seperti yang saya inginkan selama ini. 

Sebelum memulakan refleksi kuliah pertama ini (13 September 2018), eloklah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya Ibnu Sany Bin SamsulBahri. Saya merupakan mahasiswa tahun dua dalam bidang Sastera dengan Pendidikan. Saya bermajorkan Geografi dan berminorkan bahasa Melayu. Saya berasal dari Tawau, Sabah. 

Pada mulanya, saya tidak yakin untuk mengambil subjek HMT223, morfologi bahasa Melayu ini. Hal ini demikian kerana atas sebab-sebab tertentu. Antaranya ialah subjek ini merupakan subjek yang sukar untuk diskor oleh para pelajar. Selain itu, bebanan unit saya pada semester ini juga menyebabkan saya kurang yakin untuk mengambil subjek ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) kelak. Saya memberanikan diri untuk mengambil subjek ini kemudian memulakan kuliah saya pada 13 September 2018. Setelah mendengar penjelasan dari Dr. Norsofiah, persepsi saya mula berubah. Mendengar sahaja penjelasan Dr. Norsofiah berkaitan dengan subjek ini menjadikan saya bersemangat untuk mengambil subjek ini. Morfologi merupakan bidang yang mengkaji tatabahasa. Menurut Dr. Sofiah, sebagai seorang guru kelak, anda harus mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan tatabahasa barulah dapat mengajar anak murid kelak. Selain itu, morfologi juga mempunyai hubungan rapat dengan sintaksis. Tanpa morfologi, sudah pasti seorang guru itu sukar untuk mengajar anak muridnya membina ayat tanpa menitikberatkan hukum tatabahasa. 

Melalui aspek pengajaran Dr. Norsofiah, saya juga menjadi yakin dan percaya dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau mampu menjadikan saya seorang guru yang bermutu suatu hari nanti. Dr. Sofiah banyak menekankan kami tentang morfologi ini. Keadah membaca nota terlebih dahulu kemudian mengaplikasikannya di dalam kelas dapat membuatkan kami mengingat setiap apa yang diajarkan oleh Dr. Sofiah. Akhir sekali, saya berharap agar saya dan juga rakan-rakan yang lain dapat berkerjasama dengan Dr. Sofiah dengan baik memandangkan kerja mingguan yang diberi sesuai dengan pemberat kerja kursus subjek ini.

Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini, terima kasih.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU ENAM HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA BELAS HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA HMT223