REFLEKSI MINGGU TIGA BELAS HMT223

Assalamualaikum dan sala sejahtera. Pejam celik kita sudah pun sampai ke bulan Disember. Agak memenatkan bagi saya dan juga rakan-rakan yang lain kerana kami perlu menghantar segala tugasan dan telah menjalani kem tahunan bagi Bulan Sabit Merah Malaysia. Walau bagaimanapun, kami tetap meneruskan perjuangan sehingga peperiksaan akhir semester kelak.

Tutorial Ketujuh (3 Disember 2019)
Kajian menunjukkan bahawa apabila kita melukis, ia akan memudahkan kita dalam proses mengingat sesuatu berdasarkan lukisan yang kita lakar. Oleh itu, tutorial pada kali ini amat menarik kerana Dr. Norsofiah meminta kami semua untuk melukis satu ayat berdasarkan makna penggandaan. Lukisan tersebut hendaklah berdasarkan satu ayat sebagai contoh abang menyusun kerusi-kerusi itu. Jadi dalam lukisan tersebut, kami hendaklah melukis abang dan beberapa kerusi yang menunjukkan makna jamak. Oleh itu Dr. Norsofiah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 orang.
Setelah kumpulan dibentuk, kami diberikan kertas majong dan sebatang pen berwarna untuk mula melukis makna penggandaan. Saya, Fareez dan Asmida melukis makna penggandaan iaitu makna jamak, makna berlanjutan, makna emunerasi, makna tidak tentu dan makna saling. Berikut merupakan lukisan yang kami lukis semasa tutorial. Selepas selesai melukis, kami semua dikehendaki untuk membentang hasil lukisan kami di hadapan. Saya sebagai wakil kumpulan membentang lukisan kami. Walaupun lukisan yang dihasilkan tidak begitu menarik, namun Dr. Norsofiah dan rakan-rakan dapat memahami lukisan tersebut dan pembentangan yang lakukan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa tutorial kali ini amat menarik kerana kami melukis dengan penuh gelak ketawa kerana kesemua ahli tidak pakar dalam melukis. Saya amat tertarik dengan kaedah pengajaran yang dilakukan oleh Dr. Norsofiah kerana beliau mempelbagaikan kaedah mengajar setiap minggu agar kami tidak berasa bosan apabila berada di dalam bilik dan dewan kuliah. Segala ilmu tentang kaedah mengajar ini akan saya gunakan suatu hari apabila menjadi seorang guru kelak.

 Contoh lukisan semasa tutorial dijalankan 

Kuliah 19 (4 Disember 2018)
Pada kuliah kali ini, Dr. Norsofiah memberi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa namun tidak memberikan nota berbentuk rangka. Namun, Dr. Norsofiah mengingatkan kami untuk mengambil nota pada hari ini di hadapan bilik beliau kerana tidak sempat untuk dicetak. Oleh itu, saya dan rakan-rakan lain perlu menyalin nota yang terpampang di skrin layar dan nota tambahan dari pengajaran dan perbincangan di dalam kelas.
Pada kuliah kali ini, kami diberi pendedahan berkaitan dengan penggandaan. Dr. Norsofiah menekankan kepada kami untuk merujuk Zaharani berkaitan dengan penggandaan  kerana melalui Zaharani, banyak aspek yang terkandung di dalamnya termasuklah pembentukan kata ganda. Nik Safiah dan Asmah hanyalah memberi makna kepada kata ganda sahaja. Hasil pembelajaran pada hari ini ialah, saya dapat menambah ilmu pengetahuan baru berkaitan dengan pembentukan kata ganda. Pembentukan kata ganda ini ternyata mengalami proses penyisipan schwa. Oleh itu, perkataan suka apabila digandaseparakan akan menjadi SESUKA bukan SUSUKA. Saya juga memahami bahawa proses penggandaan separa ini tidak boleh melibatkan kata yang mempunyai satu suku kata dan perkataan yang dimulai dengan huruf vokal. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Dr. Norsofiah meminta kami semua untuk mengeluarkan sekeping kertas untuk menjawab kuiz secara tidak langsung sebagai kehadiran kami pada hari ini. Kuiz pada kali ini amat mencabar kerana kami perlu membentuk penggandaan separa bagi perkataan ganda yang dimulai dengan huruf vokal. Perkataan vokal tidak dapat digandakan kerana akan berlaku persilangan apabila menggunakan rumus KV. Agak suka bagi saya untuk memahami cara pembentukkan kata ganda yang bermula dengan huruf vokal. Namun setelah penerangan dari Dr. Norsofiah dan rakan-rakan, barulah saya dapat memahami dan saya memerlukan latihan yang lebih dalam membentuk kata ganda separa.

Kuliah 20 (6 Disember 2019)
Pada malam sebelum kuliah dijalankan, Dr. Norsofiah telah memesan kepada kami semua untuk membaca makna penggandaan kata nama, kata kerja dan kata adjektif kerana pada keesokkan hari Dr. Norsofiah akan memberikan kuiz kepada kami semua.
Kelas dimulai dengan bacaan surah al-fatihah. Setelah itu, Dr. Norsofiah memberikan sehelai kertas untuk diedarkan kepada kami semua. Pengedaran kerta ini menandakan kami akan menjawab kuiz sebentar lagi. Kuiz pada kali pada pendapat saya agak mengelirukan kerana saya masih keliru untuk membezakan makna kata kerja antara berulangan, berpanjangan dan bersalingan. Keputusan kuiz yang saya perolehi juga tidak memuaskan. Oleh itu, saya memerlukan latihan yang lebih agar memberi kefahaman yang lebih jelas berkaitan dengan makna penggandaan ini.
Selepas habis menyemak soalan kuiz, Dr. Norsofiah meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan melakukan ulang kali secara menyeluruh berkaitan dengan topik yang telah diajar dari mula kuliah sehingga kuliah pada hari ini iaitu penggandaan. Kaedah ini sangat berkesan kepada saya sendiri kerana ini merupakan salah satu kaedah pembelajaran untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari memandangkan saya mengalami kesuntukan masa untuk mengulang kaji keseluruhan topik yang telah diajarkan. Kaedah ulang kaji ini telah serba sedikit telah memberi peringatan kepada kami semua bahawa peperiksaan akhir semester tidak lama lagi.

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU ENAM HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA HMT223