REFLEKSI MINGGU SEBELAS HMT223

Tutorial Keenam (19 November 2018)
Pada hari ahad yang lepas, Dr. Norsofiah telah memberikan tugasan kepada kami semua melalui telegram. Tugasan tersebut perlulah dilakukan secara berkumpulan dan perlu dihantar pada hari Jumaat (23 November). Walau pun penghantaran tugasan ini agak lewat, namun kami semua perlu menyiapkan diri dengan membaca buku Tatabahasa Dewan sama seperti tugasan yang diberikan bagi persiapan kuiz untuk tutorial pada keesokan hari. Kami mengalami sedikit perubahan tempat iaitu kami tidak menggunakan bilik tutorial pada kali ini, sebaliknya menggunakan Perpustakaan Hamzah Sendut 2 untuk mengadakan tutorial. Kami diminta untuk berkumpul diruangan pameran dan diberikan kuiz. Semasa tutorial dijalankan, Dr. Norsofiah mengarahkan kami untuk melakukan kuiz secara berpasangan. Tutorial pada kali ini amat menarik kerana kami melakukan kuiz hanya dalam lingkungan ruang pameran sahaja. Kami perlu mencari ayat berdasarkan imbuhan yang telah diberikan di dalam kuiz tersebut berdasarkan poster yang tertera di dalam ruang pameran ini. Saya bersama rakan saya Zue pertungkus lumus untuk mencari ayat yang sesuai bagi imbuhan meN…kan, meN…i, dan MeN. Alhamdulillah, kami semua dapat menyiapkan kuiz pada kali ini mengikut masa yang telah ditetapkan.  


Gambar yang diambil sementara kuiz sedang dijalankan. 

Kuliah 16 (20 November 2018)
Tiada sebarang kuliah dijalankan memandangkan cuti sempena Maulidur Rasul.

Kuliah 17 (21 November 2018)
Sebelum kuliah dijalankan, Dr. Norsofiah mengambil sedikit masa untuk bersama-sama menyedekahkan al-Fatihah kepada Prof Madya Dr. Rahimah yang baru sahaja dijemput ilahi semalam xekitar pukul 8. Semasa kuliah dijalankan, Dr. Norsofiah telah mengedarkan rangka kerja kepada kami semua. Berdasarkan rangka kerja tersebut, Dr Norsofiah menerangkan satu persatu berkaitan dengan pengenalpastian kelas kata. Hasil pembelajaran menunjukkan bahawa terdapat beberapa  ciri hakiki yang boleh digunapakai untuk mengenalpasti kelas kata bagi sesuatu perkataan. Saya mengalami sedikit kekeliruan berkaitan dengan argumen dalam rangka kursus yang diberikan. Namun dengan penerangan yang jelas dan padu, barulah saya paham berkaitan dengan argumen dalam kata kerja tersebut. Secara keseluruhannya, segala yang disampaikan oleh Dr. Norsofiah dapat memberi kefahaman kepada saya. Di akhir kuliah, Dr. Norsofiah ingin mengadakan kuzi melalui kahoot. Namun, kuiz terpaksa dibatalkan kerana rangkaian wifi yang tidak mengizinkan. Oleh itu, Dr. Norsofiah menunda kuiz tersebut pada kuliah yang akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU ENAM HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA BELAS HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA HMT223