REFLEKSI MINGGU SEPULUH HMT223

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat kembali berkuliah setelah seminggu cuti pertengahan semester.

Tutorial Kelima (12 November 2018)
Sebelum tutorial dijalankan, Dr. Norsofiah telah mengarahkan kami semua untuk membaca tajuk Rencana Linguistik penulis Abdullah Hassan. Alhamdulillah, kami semua berjaya melakukan arahan yang telah diberikan. Semasa tutorial dijalankan, Dr. Norsofiah memberikan latihan kepada kami untuk disiapkan dan perlu dihantar sebelum tutorial tamat. Latihan tersebut adalah berkumpulan dan seperti biasa pasangan kumpulan saya ialah saudari Nurul Zueheinna.

Latihan yang diberikan adalah berkaitan dengan morfologi. Secara jujurnya, soalan tersebut sangat sukar bagi kami untuk menjawabnya. Ditambah lagi dengan pemarkahan yang diberikan iaitu, satu kesalahan dikira semua salah. Oleh itu, saya dan Zue sangat teliti dalam membuat latihan tersebut. Setelah semua selesai, kami dikehendaki untuk menukar kertas dengan pasangan yang lain untuk disemak. Walaupun terdapat banyak kesalahan yang kami lakukan, namun kesalahan tersebut dapat memberi pengajaran dan kefahaman lebih tentang cara menjawab soalan sebegitu.

Latihan berpasangan 

Kuliah 14 ( 13 November 2018)
Pada kuliah kali ini, tiada sebarang kuiz diberikan hari sebelum kuliah sebenar dijalankan. Dr. Norsofiah hanya memberikan edaran kepada kami melalui Telegram dan meminta kami semua untuk mencetak edaran tersebut dan membawanya untuk kuliah pada keesokkan hari. Semasa kuliah, Dr Norsofiah menerangkan kami tentang ujian kelas kata. Seperti biasa, kami dikehendaki untuk melengkapkan edaran yang diberikan berdasarkan penerangan yang diberikan oleh Dr. Norsofiah. Penerangan yang padu berserta contoh-contoh yang diberikan telah memberi kefahaman yang jelas kepada saya dan juga rakan-rakan lain.

Saya amat tertarik pada kuliah pada kali ini kerana kuliah ini serba sedikit telah memberi kesedaran kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Semasa kuliah, Dr. Norsofiah telah mengambil sedikit masa untuk memberi pencerahan kepada kami semua. Dr. Norsofiah menekankan bahawa ‘rahsia kejayaan adalah fokus’. Dr. Norsofiah memberi sedikit pencerahan ini memandangkan kami semua hilang fokus kerana mengantuk semasa kuliah pagi sedang berjalan. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa menjadi pelajar univerisiti ini bukan mudah. Sememangnya, tugas hakiki seorang pelajar adalah menimbah ilmu, namun setelah menjejak kaki ke universiti, terdapat banyak komitmen lain yang perlu disiapkan seperti mesyuarat dan sebagainya. Punca sebenar kebanyakan pelajar hilang fokus semasa melakukan kerja terutamanya belajar adalah kurang tidur. Dr. Norsofiah juga mencertiakan pengalamannya ketika sedang menjalankan Ijazah Sarjana Muda. Beliau juga sama seperti kami yang hilang fokus disebabkan oleh kurang tidur atas komitmen lain. Bahkan, semasa menjalankan Ijazah Sarjana juga, Dr. Norsofiah juga kehilangan fokus kerana komitmen anak dan sebagainya. Bagi mengelakkan kehilangan fokus ini, Dr. Norsofiah menasihatkan kami semua untuk tidur sekurang-kurangnya pada pukul 11 kemudian bangun dalam sekitar pukul 3. Bangun sekitar pukul 3 ini membolehkan hormon melatonin dirembeskan dan sangat diperlukan oleh tubuh badan. Melalui hormon ini, badan kita akan kekal sihat. Selain itu, untuk mengekalkan diri agar sentiasa fokus ada dengan mengambil berat tentang pemakanan kita seharian. Oleh itu, untuk menggelakkan kehilangan fokus, Dr. Norsofiah menasihatkan untuk kekal menjaga dalaman diri. Perkongsian dari Dr. Norsofiah yang sangat berguna ini boleh dijadikan panduan untuk sentiasa kekal fokus dalam setiap hal yang dilakukan. Sebagai pelajar universiti, saya dan rakan-rakan akan cuba perkongsian tersebut dan mengubah gaya hidup yang lebih sihat.

Edaran 

Edaran 

Kuliah 15 (15 November 2017)
Sebelum mengadakan kuliah, Dr. Norsofiah meminta kami semua untuk membuka akaun padlet. Selepas membuka akaun padlet, Dr. Norsofiah meminta kami untuk mencari pasangan yang berasa selesa untuk dijadikan rakan sekumpulan. Saya memilih Nurul Zuheinna sebagai rakan sekumpulan saya. Semasa memulakan kuliah, Dr. Norsofiah meminta kami semua untuk menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Gemuruh melalui tayangan skrin dihadapan. Setelah selesai menyanyi berdasarkan tayangan skrin, Dr. Norsofiah meminta kami sekali lagi untuk menyanyi lagu tersebut tanpa sari kata melalui tayangan skrin dihadapan. Tujuan beliau menginginkan kamu untuk menghayati lagu adalah untuk memberikan semangat berdasarkan lirik lagu tersebut. Nyanyian yang kami lakukan sedikit sebanyak telah menyedarkan kami dari mengantuk. Setelah selesai menyanyikan lagu, Dr. Norsofiah meminta kami untuk mencari golongan kata bagi setiap kata dalam lirik tersebut kemudian meminta kami untuk menyatakan justifikasi bagi kata tersebut berdasarkan sintaksis dan morfologi. Agak suka bagi kami untuk menentukan golongan kata namun kami atasi masalah tersebut dengan mencari makna bagi setiap kata dalam lirik itu. Tugasan kali ini menjadikan saya dan Zue berasa huru hara kerana masa yang diberikan adalah singkat. Kami dikehendaki menghantar tugasan tersebut di dalam padlet masing-masing kemudian menghantar link ke dalam facebook. Semasa menjalankan tugasan ini, kami juga mendapat pencerahan bahawa tiada kata tugas dalam Bahasa Melayu. Dapat disimpulkan bahawa, kuliah pada kali ini telah memberi pengetahuan kepada kami untuk menentukan golongan kata, justifikasi bagi kata tersebut dan frasa yang telah diajarkan oleh Dr. Norsofiah. Dr. Norsofiah juga mengingatkan kepada kami semua untuk memberi latihan tambahan sebegini bagi meningkatkan kefahaman kami dalam menentukan golongan kata. Sekian. 


Nyanyian lagu Gemuruh 

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU ENAM HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA BELAS HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA HMT223