REFLEKSI MINGGU DUA HMT223

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di dalam blog saya untuk refleksi bagi kuliah kedua dan ketiga. 

Syukur ke hadrat ilahi sekali lagi saya ucapkan kerana masih dipanjangkan umur untuk menimbah ilmu di muka bumi ini.

Kuliah Dua (18 September 2018) 

Bagi refleksi kuliah kedua ini, saya amat tertarik dengan kaedah yang digunakan oleh Dr. Norsofiah sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Kaedah quizlet.live yang digunakan pada awal sesi pembelajaran serba sedikit telah mendatangkan keseronokan kepada kami untuk bermain quiz dan secara tidak langsung dapat menghilangkan rasa mengantuk memandangkan kelas pada kuliah kedua bermula pada awal pagi iaitu pada pukul 8:00 pagi. Dalam quizlet.live yang diberikan, saya juga menyedari bahawa adalah penting untuk kami rakan sekelas saling kenal mengenali antara satu sama yang lain dengan cara membaca padlet yang diberikan kerana melalui padlet tersebut merupakan jawapan kepada quiz yang diberikan kepada kami. Setelah bermain quiz, Dr. Norsofiah pun memulakan sesi pengajaran dengan menerangkan topik 'apa itu linguistik'. Penerangan yang diberikan oleh Dr Norsofiah amat jelas membuatkan saya telah memahami konsep linguistik tersebut. Konsep linguistik merupakan bidang kajian saintifik bahasa secara tersusun dan melalui linguistik inilah wujudnya cabang morfologi yang akan kami pelajari nanti. Melalui pengetahuan ilmu linguistik ini juga, Dr. Norsofiah menekankan sekali lagi tentang kepentingannya dalam mengajar anak murid kelak.

Kuliah Tiga (20 September 2018) 

Bagi refleksi kuliah yang ketiga pula, kaedah quizlet.live juga digunakan sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Saya sekali lagi tertarik dengan quizlet.live ini kerana melalui quiz ini, Dr. Norsofiah dapat membahagikan kami kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dengan mdah untuk diberi tugasan. Penentuan kumpulan melalui quizlet.live ini secara tidak langsung dapat memudahkan urusan kami kerana kami tidak perlu keliru untuk memilih ahli kumpulan masing-masing selain mengeratkan hubungan kami dengan rakan sekelas. Setelah selesai membahagikan kumpulan, kami memulakan sesi pembelajaran. Dalam kuliah ketiga ini, saya telah menambah pengetahuan baru dengan menggunakan 'korpus' untuk melihat maksud kepada suatu perkataan dan kesesuaian menggunakan perkataan tersebut dalam membina ayat. Di akhir pembelajaran, Dr. Norsofiah telah memberikan tugasan kepada kami semua. Saya berharap agar tugasan yang diberikan dapat diselesaikan mengikut tarikh penghantaran yang ditetapkan. Saya juga berharap agar kami sekumpulan dapat bekerjasama dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Sekian refleksi saya pada minggu ini. Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU ENAM HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA BELAS HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA HMT223