REFLEKSI MINGGU TIGA HMT223

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke blog saya.

Untuk blog kali ini, saya akan memberi refleksi bagi tutorial pertama, kuliah keempat dan kuliah kelima.

Tutorial Pertama (24 September 2018) 

Bagi refleksi tutorial pertama, pada mulanya saya berasa agak gementar memandangkan tutorial baru bermula dan kami semua diminta untuk mempersembahkan kerja kami iaitu infografik semasa tutorial. Namun, saya mula berasa seronok mengadakan tutorial bersama dengan Dr. Norsofiah kerana melalui tutorial ini, kami semua berbincang antara satu dengan lain berkaitan dengan tugasan yang diberikan iaitu tatabahasa preskriptif dan tatabahasa deskriptif. Melalui tutorial ini, Dr. Norsofiah mengajukan soalan kepada kami untuk menguji tahap kefahaman kami berdasarkan soalan yang diberikan. Di akhir tutorial ini, saya dengan rakan-rakan yang lain lebih memahami berkaitan tatabahasa preskriptif dan deskriptif yang telah diajarkan.

Kuliah Empat (25 September 2018) 

Refleksi bagi kuliah keempat pula, kami memulakan pembelajaran dengan menjawab kuiz yang diberikan. Melalui kuiz ini, Dr Norsofiah sekali lagi menguji kefahaman kami berkaitan dengan tatabahasa preskriptif dan tatabahasa deskriptif. Saya amat menyukai kaedah kuiz yang diberikan oleh Dr. Norsofiah ini kerana melalui kuiz ini, saya dan juga rakan-rakan yang lain dapat meningkatkan lagi kefahaman dalam sesuatu topik yang diajarkan. Di akhir kuliah ini, kami diberi tugasan untuk menemu bual rakan dari pusat pengajian lain berkaitan dengan tatabahsa preskriptif dan deskriptif ini. Dapatan kajian menunjukkan responden saya memilih penggunaan tatabahasa yang menepati tatabahasa dewan.

Kuliah Lima (27 September 2018)

Bagi refleksi kuliah kelima pula, Dr. Norsofiah meminta kami untuk menulis persoalan-persoalan jika ada sebarang kekeliruan berkaitan dengan topik yang telah diajarkan. Kemudian soalan tersebut hendaklah dijawab oleh rakan di dalam kelas. Melalui pendekatan ini, persoalan-persoalan yang kami berikan dapat dijawab oleh rakan sekelas melalui pertukaran idea. Di akhir kuliah ini, Dr. Norsofiah mengingatkan kami agar menjawap kuiz morfem yang akan diberikan kelak. Saya berharap agar subtopik morfem ini memberi kefahaman yang jelas dan mendalam  kepada saya dan juga rakan-rakan. Semoga dipermudahkan segalanya. 



Infografik kumpulan 2 (c) 

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU ENAM HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA BELAS HMT223