REFLEKSI MINGGU ENAM HMT223

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke blog saya!

Tutorial Keempat (15 oktober 2018)

Sama seperti tutorial yang sebelum ini. Dr. Norsofiah akan memberikan kerja terlebih dahulu untuk kami siapkan bagi meningkatkan kefahaman berkaitan dengan topik yang telah diajarkan. Namun demikian, tugasan kali ini amat sukar untuk saya dan rakan kumpulan saya, Nurul Zuheinna Binti Tan Teck Fui menyiapkannya kerana memerlukan ketelitian dan kefahaman yang tinggi. Tugasan ini amat sukar bagi kami kerana bahasa Zulu yang diberikan merupakan satu yang baru bagi kami. Kami sukar untuk membezakan imbuhan dan kata akar bagi sesuatu perkataan dari bahasa Zulu ini. Walau bagaimanapun, kami dapat menyiapkan tugasan kali ini dengan memakan masa yang amat panjang sehinggakan kami tidur pada lewat malam. Semasa tutorial, Dr. Norsofiah menggunakan kaedah Random Name Picker sekali lagi untuk melakukan perbincangan di dalam bilik kuliah. Random Name Picker sekali lagi mengejutkan kami dan membuatkan kami segar dengan soalan yang diberikan. Hasil tutorial pada kali ini telah meningkatkan kefahaman saya berkaitan dengan imbuhan bahasa asing. Saya juga dapat membezakan imbuhan dan kata akar bagi bahasa asing ini. Saya juga dapat menganalisis dengan lebih teliti bagi setiap soalan yang diberikan kerana menurut Dr. Norsofiah, beliau akan mengeluarkan soalan sebegitu untuk peperiksaan akhir kelak.

Kuliah Sepuluh (16 Oktober 2018)

Untuk kuliah pada kali ini pula, sebelum mengadakan pengajaran dan pembelajaran, Dr. Norsofiah telah memberikan kuiz dalam sekeping kertas. Kami dikehendaki menjawab kuiz tersebut dengan masa yang diberikan. Kemudian, kami perlu memberi kertas tersebut kepada org lain untuk disemak. Kuiz tersebut bertujuan untuk menambahkan kefahaman kami berkaitan dengan morfem. Selepas selesai menjawab kuiz, Dr. Norsofiah mengedarkan nota kepada kami semua. Nota tersebut perlu dilengkapkan berdasarkan pengajaran yang dijalankan di dalam kuliah. Dalam kuliah ini, kami telah membincangkan tentang morfem derivasi. Penerangan yang lengkap berdasarkan dengan contoh yang diberikan dapat menambah lagi kefahaman saya berkaitan dengan morfem derivasi ini. Dalam nota ini, pandangan dari Asmah dan Nik Safiah Karim amat penting bagi menentukan maksud bagi sesuatu perkataan. Amat sukar untuk mencari makna sesebuah perkataan kerana pandangan mereka adalah berbeza. Namun dengan adanya nota tebal yang diberikan, kami dapat berpandukan nota tersebut dan dapat menjawab segala persoalan yang mengelirukan.

Kuliah 11 (18 Oktober 2018)

Pada kuliah pada kali ini, Dr. Norsofiah telah mengajarkan kami topik yang baru iaitu morfem infleksi. Seperti biasa, Dr. telah mengedarkan kepada kami nota edaran. Kami perlu lengkapkan nota tersebut melalui perbincangan di dalam kelas. Untuk topik kali ini, saya berasa agak keliru dengan morfem infleksi. Namun setelah mendapat pencerahan dari Dr. Norsofiah melalui contoh-contoh yang diberikan, barulah saya mendapat gambaran tentang topik tersebut. Bagi menambahkan kefahaman, Dr. Norsofiah telah memberikan kuiz berbentuk kahoot. Suasana kelas menjadi tidak stabil kerana permainan menguji kepantasan untuk menjawab satu soalan. Saya sendiri berasa kelam kabut ketika menjawab soalan yang diberikan kerana saya perlukan masa untuk berfikit untuk menjawab soalan tersebut. Melalui kahoot ini juga, saya dapat menambah pengetahuan dan menambah kefahaman berkaitan dengan morfem infleksi. 

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU TIGA BELAS HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA HMT223