REFLEKSI MINGGU TERAKHIR HMT223
Alhamdulillah, kita sudah pun sampai ke minggu 15 yang juga merupakan minggu terakhir sebelum minggu ulang kaji. Refleksi ini juga merupakan refleksi terakhir buat kami semua memandangkan tiada lagi tutorial dan kuliah yang akan dijalankan selepas ini. Tutorial Kesembilan (17 Disember 2018) Tutorial pada kali ini berjalan seperti biasa. Dr. Norsofiah mengingatkan kepada kami semua bahawa sesiapa yang ingin berjumpa dengan beliau berkaitan dengan esei morfologi, bolehlah berjumpa dengan beliau semasa atau selepas tutorial dijalankan. Namun Dr. Norsofiah mengingkatkan sekali lagi kepada kami semua bahawa beliau akan mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulu sebelum sesi berjumpa dengan beliau. Tutorial dimulakan dengan bacaan surah al - Fatihah. Setelah itu, Dr. Nosofiah mengambil sedikit masa dengan memberitahu kami berkaitan dengan kursus sintaksis. Dr. Norsofiah amat menekankan untuk mengambil kursus sintaksis ini memandangkan sintaksi sangat penting bagi ...