REFLEKSI MINGGU EMPAT BELAS HMT223

Assalamualaikum dalam salam sejahtera. Ketemu lagi kita diminggu 14. Minggu kedua terakhir sebelum cuti seminggu untuk memberi laluan kepada mahasiswa dan mahasiswa untuk mengadakan minggu ulang kaji.

Tutorial Kelapan (10 Disember 2018) 
Pada tutorial kali ini, Dr. Norsofiah telah mengedarkan nota berkaitan dengan topik penggandaan. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, seperti biasa kami semua akan membaca surah al-Fatihah terlebih dahulu.

Hasil pembelajaran pada tutorial kali ini ialah saya mengetahui fungsi utama kata ganda iaitu berfungsi sebagai penetap golongan kata dan pengubah golongan kata. Penggandaan ini juga melibatkan proses derivasi kerana sesuatu perkataan yang digandakan akan membawa makna yang berbeza dan mengubah golongan kata. Saya juga telah menambah ilmu pengetahuan batu berkaitan dengan kata adverba yang membawa maksud keterangan. Keterangan ini tidak menjadi suatu yang wajib dalam ayat kerana tanpanya (kata adverba) sesuatu kata juga membawa makna dan gramatis.

Selain itu, saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan proses penggandaan. Proses penggandaan melibatkan gandaan semu, gandaan separa dan gandaan kata dasar. Pada awalnya kami semua tidak mengetahui gandaan semu, namun setelah mendapat penjelasan dari Dr. Norsofiah barulah saya memahami bahawa perkataan semu tidak membawa makna. Oleh itu perlu digandakan untuk membawa makna sebagai contoh anai-anai. Diakhir tutorial ini, kami semua menjawap kuiz melalui kahoot. Melalui kuiz yang diberikan ini secara tidak langsung telah memberi kefahaman yang lebih jelas lagi kepada saya dan juga rakan-rakan lain. Melalui kuiz ini juga saya menimbah ilmu bahawa kata ganda juga membawa makna hubungan kekeluargaan seperti ipar-duai, mentua-taya, suku-sakat dan lain-lain.


Nota yang diberikan semasa tutorial


Kuliah 21 (11 Disember 2018)
Kuliah pada hari ini dijalankan seperti biasa. Namun pada hari ini, Dr. Norsofiah memaklumkan bahawa beliau tidak dapat mengedarkan nota kerana nota tersebut belum siap kerana anak beliau sedang sakit. Saya mendoakan agar anak Dr. Norsofiah kembali sihat seperti sedia kala.

Oleh itu, kuliah pada kali ini dijalankan dengan merujuk skrin layar dihadapan kelas. Saya mengeluarkan buku nota untuk membuat catatan tambahan berkaitan dengan topik hari ini iaitu kata ganda berima. Hasil pembelajaran pada kuliah kali ini ialah saya menambah ilmu pengetahuan baru kerana terdapat penggandaan iaitu penggandaan berima seperti perkataan hina-dina. Perkataan hina-dina ini tidak dapat diasingkan. Apabila dina diasingkan dari hina-dina, ia tidak memberikan maksud. Sebaliknya ia memerlukan perkataa hina untuk membawa maksud iaitu sangat hina. Sama juga dengan perkataan ipar-duai. Duai tidak mengandungi makna apabila diasingkan dengan perkataan ipar.

Terdapat keunikan dalam bahasa Melayu ini kerana orang dahulu gemar menghasilkan perkataan yang unik seperti ipar-duai, hina-dina, bolak-balik dan sebagainya. Oleh itu, Dr. Norsofiah sangat menekankan kepada kami semua agar mencintai bahasa sendiri kerana bahasa Melayu juga mempunyai keunikan dan martabatnya tersendiri. Saya juga menambah ilmu pengetahuan baharu bahawa penggandaan berima ini tidak mempunyai rumus yang tertentu. Oleh itu timbul persoalan bagaimana penggandaan ini berlaku.

Selain itu, saya juga mengetahui ciri-ciri penggandaan berima ini dan mendapat kefahaman yang lebih apabila diterangkan oleh Dr. Norsofiah. Dr. Norsofiah juga telah memberi pendedahan kepada kami semua tentang pembentukan perkataan cerai-berai. Perkataan cerai-cerai pada asalnya telah berubah menjadi cerai-berai kerana mengalami penukaran fonologi. Topik ini amat menarik dan perlu pembacaan berkali-kali agar lebih faham berkaita denga pengandaan berima.

Kuliah 22 (12 Disember 2018)
Kuliah pada kali ini dibatalkan kerana Dr. Norsofiah perlu bertolak ke Kuala Lumpur kerana beliau bertugas sebagai pemeriksa kertas Bahasa Melayu, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian, Dr. Norsofiah memberi tugasan kepada kami semua iaitu membuat video berkaitan dengan alomorf yang berdurasi 3 minit. Video ini adalah berbentuk pengajaran dan perlu dimuat naik di dalam youtube.

Dalam menjalankan tugasan ini, saya telah meminta bantuan dari rakan saya untuk merakam saya semasa menerangkan berkaitan dengan alomorf ini. Setelah selasai, saya memuat naik video tersebut di youtube, kemudian meletakkan pautan tersebut di dalam facebook sebagai bukti penghantaran. Saya berasa seronok melakukan tugasan ini kerana tugasan ini juga mengajar saya untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid saya suatu hari nanti. Berikut merupakan rakaman video yang telah dimuat naik ke youtube

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU ENAM HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA BELAS HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA HMT223