REFLEKSI MINGGU TERAKHIR HMT223

Alhamdulillah, kita sudah pun sampai ke minggu 15 yang juga merupakan minggu terakhir sebelum minggu ulang kaji. Refleksi ini juga merupakan refleksi terakhir buat kami semua memandangkan tiada lagi tutorial dan kuliah yang akan dijalankan selepas ini.

Tutorial Kesembilan (17 Disember 2018)
Tutorial pada kali ini berjalan seperti biasa. Dr. Norsofiah mengingatkan kepada kami semua bahawa sesiapa yang ingin berjumpa dengan beliau berkaitan dengan esei morfologi, bolehlah berjumpa dengan beliau semasa atau selepas tutorial dijalankan. Namun Dr. Norsofiah mengingkatkan sekali lagi kepada kami semua bahawa beliau akan mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulu sebelum sesi berjumpa dengan beliau.

Tutorial dimulakan dengan bacaan surah al - Fatihah. Setelah itu, Dr. Nosofiah mengambil sedikit masa dengan memberitahu kami berkaitan dengan kursus sintaksis. Dr. Norsofiah amat menekankan untuk mengambil kursus sintaksis ini memandangkan sintaksi sangat penting bagi seorang guru yang mengajar bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, sintaksis sangat penting dan pengetahuan ini wajib ada dalam diri seorang guru bukan sahaja pelajar yang bermajorkan bahasa Melayu malahan penting juga kepada pelajar yang berminorkan bahasa Melayu. Dr. Norsofiah menyatakan bahawa, walaupun sintaksis ini tidak ditawarkan oleh pelajar minor, namun kami digalakkan untuk mengambil kursus ini secara audit iaitu tidak termasuk dalam PNGK kelak. Sekurang-kurangnya, adalah pengetahuan sintaksis ketika ingin mengajar atau menanda kerta karangan pelajar kelak.

Setelah itu, Dr. Norsofiah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hari ini, Dr. Norsofiah masih lagi mengajarkan tentang topik penggandaan iaitu pembentukan kata ganda berima. Seperti yang sedia maklum, penggandaan berima ini agak sukar untuk difahami proses pembentukkannya jika dibandingkan dengan pembentukkan penggandaaan separa. Namun, saya dan raka-rakan setutorial yang lain mula memahami pembentukan kata ganda berima ini berdasarkan penerangan yang jelas oleh Dr. Norsofiah. Sebenarnya kata ganda berima ini berlaku kerana terdapat perubahan fonologi pada perkataan ganda tersebut. Kata ganda berima ini juga mempunyai makna yang seerti kerana kata ganda sepertu sayur-mayur, sayur mempunyai fitur yang sama dengan mayur. Oleh itu, sayur dengan mayur mempunyai makna yang seerti. Dr. Norsofiah juga menyatakan bahawa terdapat perubahan konsonan atau vokal dalam proses pembentukan kata ganda ini. Sebagai contoh sayur-mayur. [s] akan berubah kepada konsonan [m]. Bagi memastikan kefahaman yang lebih jelas, Dr, Norsofiah telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 2 orang. Kemudian beliau memberikan perkataan ganda berima dan meminta kami untuk membuat rumu perubahan vokal dan konsonan bagi perkataan tersebut.

Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, Dr. Norsofiah membuka sesi untuk bertanyakan berkaitan dengan esei morfologi. Terdapat banyak kesalahan yang telah kami lakukan dan alhamdulillah setelah tunjuk ajar yang diberikan oleh Dr. Dapatlah kami menyiapkan tugasan esei morfologi ini.

Kuliah 23 (18 Disember 2018)
Kuliah pada hari ini dimulakan dengan sarapan pagi yang telah disediakan oleh Dr. Norsofiah. Alhamdulillah rezeki pada awal yang sedap dan terima kasih Dr. Norsofiah kerana telah membelanja kami semua. Semoga dimurahkan rezeki.

Setelah selesai bersarapan beramai-ramai, kami semua kembali kepada kuliah. Hari ini, Dr. Norsofiah akan mengajarkan topik yang baru iaitu kata majmuk. Kata majmuk merupakan kategori baru yang menghuraikan tentang makna. Kata majmuk ini merupakan satu makna yang berbeza. Dalam kuliah ini, Dr, Nosofiah menekankan agar kami semua dapat membezakan antara kata majmuk dengan frasa. Frasa akan ditulis seperti [rumah] [sakit] manakala kata majmuk akan ditulis seperti [rumah sakit]. topik hari ini agak mudah kerana penerangan yang jelas telah diberikan oleh Dr. Norsofiah. Dr. Norsofiah juga menyatakan bahawa nota kata majmuk akan diberikan kelak.

Setelah selesai topik kata majmuk, Dr. Norsofiah memberikan panduaan menelaah bagi persediaan peperiksaan yang akan datang. Terdapat beberapa topik yang ditekankan oleh Dr. Kerana topik tersebut akan keluar semasa peperiksaan nanti. Saya berasa syukur kerana Dr. telah memberi panduan kepada kami untuk peperiksaan kali ini. Panduan ini serba sedikit dapat mempermudahkan kami untuk membaca dan memahami topik serta latihan yang dijalankan semasa kuliah dan tutorial.

sarapan pagi bersama rakan-rakan

Memandangkan hari ini merupakan kuliah yang terakhir bersama dengan Dr. Norsofiah, kami berasa sedih kerana selepas ini kami tidak lagi berjumpa dengan Dr. dalam kursus minor bahasa Melayu yang lain. Di sini dengan tulus dan ikhlas, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Norsofiah kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan yang lain sepanjang minggu 1 sehingga minggu 15 ini. Bukan sahaja memberi ilmu berkaitan dengan bahasa Melayu, namun Dr. Norsofiah juga memberi ilmu dunia dan panduan hidup untuk menjadi seorang guru kelak. Secara jujurnya, saya berasa sangat seronok dengan kaedah yang digunakan oleh Dr. Norsofiah dalam memberi kuliah mahupun tutorial. Kuiz dan permainan yang diselitkan semasa sesi pembelajaran menjadikan saya tidak pernah berasa bosan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah-kaedah ini akan saya aplikasikan kepada murid saya suatu hari nanti. Saya juga berharap agar saya dapat menjadi seorang guru bahasa Melayu yang hebat sama seperti Dr. Norsofiah. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang dibawa oleh Dr. Norsofiah secara tidak langsung telah membuatkan saya tidak menyesal untuk mengambil kursus bahasa Melayu yang dikatakan sukar ini. Tanggapan-tanggapan yang menyatakan morfologi ini sukar telah dibuktikan oleh Dr. Norsofiah kerana tiada yang mustahil sebelum mencuba. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf kepada Dr. Norsofiah atas kekurangan atau kesilapan yang saya lakukan sepanjang minggu 1 sehingga minggu 15. Merungut dengan tugasan itu biasa bagi seorang pelajar. Namun tugasan yang diberikan ini juga telah membuatkan saya tahu banyak perkara sebagai contoh cara-cara untuk menggunakan powtoon, infografik, flipgram, kahoot, cara-cara untuk memuat naik video ke youtube, membuat esei dan sebagainya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih dan memohon maaf jika terdapat kekurangan dan kesilapan kepada Dr. Norsofiah dan rakan-rakan yang pernah menjadi pasangan saya ketika membuat tugasan. Saya mengucapakan selamat maju jaya untuk peperiksaan semester ini. 

Semoga menjadi kenangan yang terindah buat kami semua 
(walaupun saya tiada dalam gambar)

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU ENAM HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA BELAS HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA HMT223