REFLEKSI MINGGU TUJUH HMT223
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk menimbah ilmu pengetahuan. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada para graduan Universiti Sains Malaysia kerana telah menamatkan pengajian dengan jayanya. Sehubungan itu, pada minggu ketujuh ini, Dr. Norsofiah telah menetapkan bahawa tiada tutorial dan kuliah diadakan memandangkan upacara konvokesyen berlangsung sepanjang seminggu iaitu bermula pada 23 Oktober sehingga 28 Oktober. Hal ini demikian kerana, Dewan Kuliah Foyer digunakan untuk tujuan pendaftaran bagi pada graduan dan dijadikan tempat untuk tayangan langsung dari Dewan Tunku Syed Putra untuk tontonan ahli keluarga para graduan. Ketiadaan tutorial dan kuliah bukanlah satu halangan bagi Dr. Norsofiah untuk memberikan tugasan kepada kami semua. Oleh itu, sepanjang minggu ketujuh ini, Dr. Norsofiah telah memberikan tugasan kepada kami melalui lama n sosial Facebook ...