REFLEKSI MINGGU EMPAT HMT223

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah Enam (2 Oktober 2018) 

Sebelum kuliah keenam bermula, Dr. Norfiah telah pun memberi kuiz terlebih dahulu kepada kami semua untuk disiapkan dan dibincangkan di dalam kuliah pada keesokkan hari. Kuiz ini memerlukan kami untuk melihat video terlebih dahulu, kemudian menjawab soalan tersebut. Walaupun terdapat kekeliruan terhadap kuiz yang diberikan memandangkan ia merupakan topik baru yang akan diajarkan, namun berdasarkan video yang diberikan, saya dapat menjawab soalan tersebut walaupun terdapat beberapa kesalahan. Saya amat menyukai kuiz pada kali ini kerana dalam kuiz ini disertakan video untuk ditayangkan terlebih dahulu. Saya berpeluang untuk mengulang video tersebut agar dapat memberi kefahaman yang jelas untuk menjawab soalan yang diberikan. Setelah melakukan perbincangan terhadap kuiz yang diberikan, Dr. Norsofiah melanjutkan kuliah dengan memberi penerangan serba sedikit berkaitan dengan morfologi.


Kuliah Tujuh (4 Oktober 2018)

Sama seperti kuliah keenam, sebelum memulakan kuliah, Dr Norsofiah meminta kami untuk menyiapkan tugasan yang telah dimuatnaik di laman Facebook. Kali ini, tugasan tersebut dilakukan secara berkumpulan. Saya memilih rakan saya Nurul Zuheinna untuk bersama-sama menyiapkan tugasan tersebut. Tugasan yang diberikan pada kali ini sangat menguji minda kami semua kerana kami diminta untuk menentukan morfem, imbuhan dan kategori bagi sesuatu perkataan yang jarang kami dengar dan pelajari. Walaupun kami sekumpulan mengalami kesuntukkan masa kerana terdapat komitmen lain yang perlu dijalankan, namun kami sekumpulan berjaya menyiapkan tugasan tersebut. Setelah Dr. Norsofiah meminta kami semua untuk menghantar tugasan tersebut, beliau memulakan pengajaran berdasarkan rangka kuliah yang telah diedarkan kepada kami semua. Melalui kuliah yang telah diberikan, kami serba sedikit dapat gambaran tentang subtopik yang bakal diperlajari nanti.


Tutorial Dua (5 Oktober 2018) 

Bagi tutorial yang kedua pula, memandangkan kelas dibatalkan pada hari isnin bersamaan dengan 01 Oktober 2018, kumpulan kami telah menggantikan kelas tersebut pada hari jumaat iaitu 05 Oktober 2018 tepat pukul 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi. Dalam tutorial kali ini, saya berasa semangat dan seronok untuk mempelajari sesuatu yang baru dari Dr. Norsofiah berkaitan dengan cara-cara membuat Google Site. Difahamkan, Google Site ini sangat penting terutamanya bagi kami bakal graduan guru sebagai persediaan untuk menghadapi temu duga untuk menjadi seorang guru kelak. Dalam Google Site ini, Dr. Norsofiah meminta kami semua untuk memasukkan kesemua kerja atau nota tambahan yang telah diberikan semasa kuliah atau tutorial. Kesemua kerja atau nota yang dimasukkan ini penting sebagai bukti atau panduan semasa menjalankan temu duga berdasarkan pengalaman mahasiswa sebelum ini yang mendapat tawaran kerja berdasarkan E-portfolio yang telah disiapkan berdasarkan aplikasi Google Site. Saya berharap agar saya juga dapat menyediakan satu E-portfolio untuk diri saya sendiri untuk kegunaan masa hadapan. Sememangnya untuk mendapat penempatan sebagai seorang guru bukanlah mudah, namun dengan adanya E-portfolio di dalam Google Site ini serba sedikit dapat membantu untuk penempatan sebagai seorang guru suatu hari nanti. 

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU ENAM HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA BELAS HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA HMT223