REFLEKSI MINGGU TUJUH HMT223

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk menimbah ilmu pengetahuan.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada para graduan Universiti Sains Malaysia kerana telah menamatkan pengajian dengan jayanya.

Sehubungan itu, pada minggu ketujuh ini, Dr. Norsofiah telah menetapkan bahawa tiada tutorial dan kuliah diadakan memandangkan upacara konvokesyen berlangsung sepanjang seminggu iaitu bermula pada 23 Oktober sehingga 28 Oktober. Hal ini demikian kerana, Dewan Kuliah Foyer digunakan untuk tujuan pendaftaran bagi pada graduan dan dijadikan tempat untuk tayangan langsung dari Dewan Tunku Syed Putra untuk tontonan ahli keluarga para graduan.
Ketiadaan tutorial dan kuliah bukanlah satu halangan bagi Dr. Norsofiah untuk memberikan tugasan kepada kami semua. Oleh itu, sepanjang minggu ketujuh ini, Dr. Norsofiah telah memberikan tugasan kepada kami melalui laman sosial Facebook dan Telegram. Tugasan pada kali ini ialah, Dr. Norsofiah telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan. Penentuan kumpulan adalah berdasarkan warna yang sama pada senarai nama yang telah diberikan.

Melalui pembahagian kumpulan yang telah diberikan, Dr. Norsofiah meminta kami semua untuk menghasilkan satu video berdurasikan 4 minit yang berkisarkan tentang “Morfem”. Dr. Norsofiah telah mencadangkan beberapa aplikasi yang boleh digunakan untuk menghasilkan video tersebut antaranya ialah Powtoon dan Sparkol. Ini memudahkan kami untuk mengakses aplikasi tersebut kemudian menggunakannya untuk menghasilkan video berkaitan dengan morfem. Saya dengan tiga orang anggota kumpulan yang lain iaitu Masliana, Hafizah dan Shahidah telah membahagikan skop tugasan masing-masing. Sebulat suara telah menetapkan bahawa saya yang akan membuat video manakala mereka yang lain membantu saya dalam mencari isi kandungan morfem tersebut. Pemilihan ini adalah berdasarkan pengalaman saya iaitu saya telah banyak menggunakan aplikasi Powtoon ini dalam menghasilkan beberapa video semasa berada di tahun satu sidang yang lalu. Di samping menghasilkan video ini, saya juga mencari beberapa isi kandungan berkaitan dengan morfem ini. Agak mencabar bagi saya untuk menghasilkan sesebuah video pada minggu ini kerana saya perlu mengagihkan masa dengan baik kerana untuk pengetahuan, saya merupakan ahli jawatan kuasa yang terlibat dalam jualan semasa konvex dibawah persatuan Persis. Saya terpaksa mengagihkan masa untuk menghasilkan video di samping menjaga gerai ketika ketiadaan kelas pada waktu-waktu tertentu.

Menghasilkan sebuah video bukanlah mudah kerana video tersebut hendaklah dibuat secara kreatif untuk menarik perhatian orang lain untuk menonton. Alhamdulillah, dengan sokongan padu dari ahli kumpulan, saya dapat menghasilkan satu video morfem untuk kumpulan kami. Walaupun terdapat beberapa halangan seperti penat selepas menjaga gerai, namun kata-kata semangat dan penyediaan awal isi kandungan morfem telah memudahkan saya untuk menghasilkan sebuah video. Berikut merupakan video yang kami hasilkan berkaitan dengan morfem : 


Tugasan yang seterusnya pula ialah Dr. Norsofiah telah meminta setiap kumpulan untuk bergambar di papan tanda ‘I am Usm’ yang terletak berhampiran dengan Dewan Tunku Syed Putra. Tujuan utama Dr. Norsofiah meminta kami untuk bergambar di papan tanda ini adalah untuk menguatkan ikatan antara ahli dalam kumpulan masing-masing. Kami sekumpulan telah sebulat suara bagi menetapkan hari dan masa yang sesuai untuk bergambar di papan tanda tersebut. Alhamdulillah, kami telah berjaya dengan memilih hari rabu pada pukul 9:00 pagi untuk mengambil gambar memandangkan pada waktu pagi belum terdapat graduan yang ingin bergambar di papan tanda tersebut. Semasa mengambil gambar, kami sekumpulan berasa seronok disambil menggayakan aksi-aksi ‘free style’. 

Sekian terima kasih. 


Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU ENAM HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA BELAS HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA HMT223