REFLEKSI MINGGU LIMA HMT223

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tutorial Ketiga (8 Oktober 2018)

Untuk tutorial pada kali ini, Dr. Norsofiah melakukan perbincangan berkaitan dengan latihan morfem secara kumpulan yang telah diberikan minggu lepas. Alhamdulilllah, saya bersama rakan sekumpulan, Nurul Zuihenna Binti Tan Teck Fui telah memperoleh 50% markah dalam latihan tersebut. Dalam melakukan perbincangan ini, Dr. Norsofiah telah menggunakan kaedah Random Name Picker untuk menjawab soalan yang diberikan. Kaedah Random Name Picker ini amat seronok kerana kaedah ini secara tidak langsung telah membuatkan mata kami terbuka luas seterusnya dapat menghilangkan rasa mengantuk kerana bimbang dengan soalan yang diberikan oleh Dr. Norsofiah. Semasa melakukan perbincangan, banyak ilmu yang kami semua peroleh dari Dr. Norsofiah. Saya amat menyukai penjelasan yang diberikan oleh Dr. Norsofiah berkaitan dengan topik yang dipelajari kerana melalui penjelasan yang ringkas dan padat ini, membuatkan saya lebih mudah memahami mesej yang disampaikan oleh beliau.

Latihan morfem 

 Random Name Picker 

Kuliah Kelapan (9 Oktober 2018)

Seperti biasa sebelum kuliah dijalankan, Dr. Norsofiah akan memberi latihan berbentuk kuiz terlebih dahulu bagi menambah kefahaman kami berkaitan dengan topik yang dipelajari. Semasa kuliah, Dr Norsofiah sekali lagi memberi kuiz kepada kami sebelum pengajaran dijalankan. Saya bersama ahli lain buat pertama kalinya memenangi kuiz tersebut. Setelah selesai bermain kuiz, Dr. Norsofiah mengedarkan nota kepada kami semua. Dr. Norsofiah meminta kami semua untuk melengkapkan nota tersebut berdasarkan perbincangan di dalam kuliah. Hasil kuliah pada hari ini telah menambah pengetahuan saya berkaitan dengan morfem derivasi dan morfem infleksi. Semasa berada di tingkatan 6, hanya morfem bebas dan morfem terikat sahaja bidang yang dipelajari. Namun setelah menjadi pelajar minor bahasa Melayu, morfem derivasi dan morfem infleksi merupakan suatu yang baharu bagi saya dan ia merupakan sesuatu yang seronok dan menambah pengetahuan untuk dipelajari. Melalui kuliah ini juga, saya juga telah menambah pengetahuan berkaitan dengan leksem dan morf. Secara kesimpulannya, kuliah pada kali ini telah memberi banyak pengetahuan kepada saya berkaitan dengan morfem. Saya berharap agar kuliah yang akan datang dapat memberi kefahaman yang jelas memandangkan pembelajaran morfem yang semakin mendalam.

Kuiz Morfem 

Kuliah Kesembilan (11 Oktober 2018)

Untuk kuliah pada kali ini, saya tidak dapat menghadirkan diri kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Pada hari rabu (10.10.2018) saya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang ekoran suhu badan yang sangat tinggi. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, doktor menyatakan bahawa saya menghidap demam biasa sahaja. Namun, doktor memberi pesanan kepada saya jika demam masih berlarutan, segera ke hospital untuk mengambil darah kerana dikuatiri saya menghidap penyakit denggi. Doktor juga telah memberi cuti sakit selama dua hari. 

Sijil Cuti Sakit 

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU ENAM HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA BELAS HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA HMT223