REFLEKSI MINGGU DUA BELAS HMT223
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk minggu ke 12 ini, tutorial tidak dapat dijalankan dan terpaksa dibatalkan oleh Dr. Norsofiah. Namun demikian, Dr. Norsofiah telah memberi tugasan kepada kami semua untuk memuat turun flipgram kemudian menyiapkan tugasan tersebut dengan masa yang telah ditetapkan. Flipgram merupakan satu yang baru kepada kami semua kerana sebelum ini, kami semua tidak pernah menggunakan aplikasi tersebut. Penggunaan fligram ini telah menambah ilmu yang baru kepada saya kerana saya belajar untuk meneroka sesuatu yang baru seperti cara untuk merekod video, cara untuk menghantar video dan cara untuk menyertai kumpulan yang telah diberikan oleh Dr. Saya berharap agar aplikasi ini dapat saya aplikasikan semasa saya menjadi seorang pendidik kelak. Kuliah 18 (27 November 2017) Pada kuliah kali ini, Dr. Norsofiah memaklumkan bahawa kami hanya akan melakukan permainan kahoot yang berunsurkan test memory dan pengukuhan berkaitan d...