REFLEKSI MINGGU LAPAN HMT223

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kali ini, saya akan melakukan refleksi pada minggu ke lapan. Tidak sedar, kita sudah pun sampai ke minggu lapan. Masa berlalu begitu pantas sekali.

Kuliah 12 (30 Oktober 2018)
Setelah selesai menghantar semua tugasan kepada Dr. Norsofiah, beliau memberi peluang kepada kami semua untuk mengutarakan sebarang persoalan berkaitan dengan tajuk morfem melalui menti.com. Tujuan Dr. Norsofiah memberi peluang ini kepada kami adalah untuk meningkatkan pemahaman berkaitan dengan tajuk morfem. Semasa kuliah berlangsung, Dr. Norsofiah mengadakan kuiz pada awal pagi tersebut berkaitan dengan tajuk morfem. Kuiz pada awal pagi ini telah membuatkan saya segar dari mengantuk kerana untuk pengetahuan, desasiswa Tekun telah menjalankan stimulasi berkaitan dengan latihan kebakaran. Saya berasa amat mengantuk pada awal pagi tersebut kerana tidur lewat selepas selesai latihan kebakaran. Selepas bermain kuiz, Dr. Norsofiah menerangkan beberapa persoalan yang telah diutarakan oleh rakan-rakan di menti.com. Saya sempat menyalin kesemua soalan dan jawapan yang diberikan oleh Dr. Norsofiah semasa perbincangan dijalankan. Saya berasa berpuas hati kerana dapat menyalin kesemua soalan dan jawapan kerana ini dapat meningkatkan lagi kefahaman saya berkaitan dengan tajuk morfem ini. Sebagai contoh, penerangan yang jelas berkaitan dengan morfem kosong, alomorf dan morf dan banyak lagi. Segala persoalan-persoalan ini dapat dijawab sebelum kami memasukki tajuk yang baharu.

Semasa mengakhiri kuliah, Dr. Norsofiah sekali lagi mengadakan kuiz melalui kahoot. Seperti biasa, permainan kahoot ini telah memecahkan suasana kerana kami perlu menjawap soalan yang diberikan dengan kadar yang segera. Melalui permainan kahoot ini, buat pertama kalinya saya berada di tangga yang kelima. Dapat disimpulkan, kuliah pada pagi ini telah menghilangkan rasa mengantuk saya serta merta.

Soalan kuiz berkaitan dengan morfem 

Permainan kahoot 


Kuliah 13 (29 Oktober 2018)
Untuk kuliah pada kali ini, Dr. Norsofiah telah memberi satu tugasan kecil iaitu meminta kami semua untuk menjawap soalan yang diberikan di menti.com. Soalan yang diberikan itu berkaitan dengan leksikal dan bukan leksikal. Dr. Norsofiah meminta kami semua untuk menjawab soalan kefahaman yang diberikan itu adalah untuk memberi gambaran awal secara kasar berkaitan dengan leksikal dan bukan leksikal yang merupakan tajuk baru untuk kuliah pada hari esok. Tugasan yang diberikan ini secara tidak langsung telah menggerakkan saya dan rakan-rakan untuk membaca beberapa buku dan mencari sumber lain untuk menjawap soalan ini. Tindakan ini secara tidak langsung telah memberi gambaran kepada saya bagi memudahkan kefahaman apabila Dr. Norsofiah memberikan penerangan.

Semasa kuliah berlangsung, Dr. Norsofiah telah membincangkan beberapa jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan. Selepas menerangkan secara kasar berdasarkan jawapan rakan-rakan, Dr. Norsofiah meminta kami semua yang menjawab soalan di menti.com sahaja untuk mengambil edaran yang disediakan. Melalui edaran yang ringkas dan padat ini, ditambah lagi dengan penerangan dari Dr. Norsofiah, saya telah memahami tajuk yang telah diajarkan iaitu leksikal dan bukan leksikal. Agak sukar untuk memahami tajuk yang baru ini kerana bagi saya, ia merupakan satu yang baru yang belum pernah diajarkan semasa di tingkatan enam. Bukan mudah pada awalnya untuk saya memahami tajuk ini, namun setelah penerangan yang jelas dari Dr. Norsofiah telah memberi kefahaman yang jelas kepada saya dan rakan-rakan.

Pada minggu hadapan, tiada sebarang kuliah dan tutorial dijalankan kerana minggu hadapan merukan cuti pertengahan semester. Selamat bercuti Dr. Norsofiah dan rakan-rakan semua.

Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU ENAM HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA BELAS HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA HMT223