REFLEKSI MINGGU DUA BELAS HMT223

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk minggu ke 12 ini, tutorial tidak dapat dijalankan dan terpaksa dibatalkan oleh Dr. Norsofiah. Namun demikian, Dr. Norsofiah telah memberi tugasan kepada kami semua untuk memuat turun flipgram kemudian menyiapkan tugasan tersebut dengan masa yang telah ditetapkan. Flipgram merupakan satu yang baru kepada kami semua kerana sebelum ini, kami semua tidak pernah menggunakan aplikasi tersebut. Penggunaan fligram ini telah menambah ilmu yang baru kepada saya kerana saya belajar untuk meneroka sesuatu yang baru seperti cara untuk merekod video, cara untuk menghantar video dan cara untuk menyertai kumpulan yang telah diberikan oleh Dr. Saya berharap agar aplikasi ini dapat saya aplikasikan semasa saya menjadi seorang pendidik kelak.

Kuliah 18 (27 November 2017)
Pada kuliah kali ini, Dr. Norsofiah memaklumkan bahawa kami hanya akan melakukan permainan kahoot yang berunsurkan test memory dan pengukuhan berkaitan dengan kuliah minggu lalu. Semasa hendak memulakan permainan, kami mengalami sedikit masalah pada awal pagi kerana kami semua tidak dapat menyambungkan rangkaian wifi iaitu Usmsecure. Oleh itu kami menghadapi sedikit gangguan kerana memerlukan sambungan wifi terlebih dahulu untuk meneruskan permainan. Kami mengambil masa beberapa minit untuk menyelesaikan masalah ini dan akhirnya kami semua menggunakan plan data sendiri untuk bermain permainan ini. Apabila ingin memulakan permainan, secara tiba-tiba datang sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi yang bertanding dalam pilihan raya kampus untuk menyampaikan manifesto mereka. Dr. Norsofiah membenarkan mereka menyampaikan manifesto tersebut sebelum kami memulakan permainan.

Setelah selesai mendengar manifesto, kami memulakan permainan pertama iaitu test memory. Kaedah permainan pada kali ini ialah Dr. Norsofiah menayangkan gambar terlebih dahulu kepada kami semua. Kemudian melalui gambar tersebut, Dr. Norsofiah memberi soalan yang memerlukan kami untuk mengingat semula gambar tersebut. Permainan ini sangat menyeronokkan kerana memerlukan kami untuk mengingat semula gambar yang ditayangkan berdasarkan warna kucing, warna anak panah, watak superhero dan nama kapal terbang. Setelah selesai permainan pertama, kami beralih ke permainan yang kedua. Permainan yang kedua ini merupakan pengukuhan berdasarkan kuliah pada minggu lepas. Soalan yang diberikan agak sukar dan memerlukan latihan yang banyak. Namun dapat disimpulkan bahawa, permainan pada hari ini telah memberi sedikit pendedahan iaitu test memory sangat diperlukan dalam proses membaca dan menghafal manakala pengukuhan juga sangat penting bagi memastikan kami memahami topik yang sedang diajarkan.

Kuliah 19 (29 November 2018)
Kuliah pada kali ini juga sangat menyeronokkan. Hal ini demikian kerana Dr. Norsofiah berkongsi sedikit cerita berkaitan dirinya dan cerita berkaitan dengan alam perguruan. Cerita yang disampaikan oleh Dr. Norsofiah telah menguatkan lagi perasaan yakin saya untuk mengambil kursus morfologi walaupun agak sukar kerana kursus ini sangat penting bagi seorang guru berminorkan bahasa Melayu kelak. Dr Norsofiah juga menceritakan kisah hidupnya agar dijadikan contoh kepada kami semua. Dr. Norsofiah juga berpesan agar jika melakukan kerja biarlah kerana Allah S.W.T. Nikmatilah hidup di alam universiti ini kerana kenangan sebegini mungkin tidak akan apabila menganjak kaki ke alam pekerjaan. Kenangan universiti ini jugalah yang bakal dirindui suatu hari kelak. Nikmati kehidupan sebagai seorang bakal guru kerana ini adalah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, pasti ada hikmah disebaliknya. Semasa menceritakan kisah-kisah ini, terselit juga unsur lawak yang membuatkan kami semua gelak bersama-sama.

Setelah mendengar cerita dari Dr. Norsofiah, kami teruskan dengan sesi pembelajaran. Dr. Norsofiah mengedarkan rangka kursus kepada kami semua berkaitan dengan tajuk penggandaan. Seperti biasa kami dikehendaki untuk menulis nota tambahan dari Dr. semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kuliah menunjukkan penggandaan terhasil melalui penggandaan penuh dan penggandaan separa. Kami juga belajar bagaimana sesuatu bahasa iaitu bahasa Agta menerima proses penggandaan separa melalui teori autosegmental model pengulangan dan perhubungan. Kami juga diberi tugasan iaitu membina representasi fonologi bagi kata ganda sesuka dengan menggunakan template KV.





Comments

Popular posts from this blog

REFLEKSI MINGGU ENAM HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA BELAS HMT223

REFLEKSI MINGGU TIGA HMT223