Posts

REFLEKSI MINGGU TERAKHIR HMT223

Image
Alhamdulillah, kita sudah pun sampai ke minggu 15 yang juga merupakan minggu terakhir sebelum minggu ulang kaji. Refleksi ini juga merupakan refleksi terakhir buat kami semua memandangkan tiada lagi tutorial dan kuliah yang akan dijalankan selepas ini. Tutorial Kesembilan (17 Disember 2018) Tutorial pada kali ini berjalan seperti biasa. Dr. Norsofiah mengingatkan kepada kami semua bahawa sesiapa yang ingin berjumpa dengan beliau berkaitan dengan esei morfologi, bolehlah berjumpa dengan beliau semasa atau selepas tutorial dijalankan. Namun Dr. Norsofiah mengingkatkan sekali lagi kepada kami semua bahawa beliau akan mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulu sebelum sesi berjumpa dengan beliau. Tutorial dimulakan dengan bacaan surah al - Fatihah. Setelah itu, Dr. Nosofiah mengambil sedikit masa dengan memberitahu kami berkaitan dengan kursus sintaksis. Dr. Norsofiah amat menekankan untuk mengambil kursus sintaksis ini memandangkan sintaksi sangat penting bagi

REFLEKSI MINGGU EMPAT BELAS HMT223

Image
Assalamualaikum dalam salam sejahtera. Ketemu lagi kita diminggu 14. Minggu kedua terakhir sebelum cuti seminggu untuk memberi laluan kepada mahasiswa dan mahasiswa untuk mengadakan minggu ulang kaji. Tutorial Kelapan (10 Disember 2018)   Pada tutorial kali ini, Dr. Norsofiah telah mengedarkan nota berkaitan dengan topik penggandaan. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, seperti biasa kami semua akan membaca surah al-Fatihah terlebih dahulu. Hasil pembelajaran pada tutorial kali ini ialah saya mengetahui fungsi utama kata ganda iaitu berfungsi sebagai penetap golongan kata dan pengubah golongan kata. Penggandaan ini juga melibatkan proses derivasi kerana sesuatu perkataan yang digandakan akan membawa makna yang berbeza dan mengubah golongan kata. Saya juga telah menambah ilmu pengetahuan batu berkaitan dengan kata adverba yang membawa maksud keterangan. Keterangan ini tidak menjadi suatu yang wajib dalam ayat kerana tanpanya (kata adverba) sesuatu kata juga mem

REFLEKSI MINGGU TIGA BELAS HMT223

Image
Assalamualaikum dan sala sejahtera. Pejam celik kita sudah pun sampai ke bulan Disember. Agak memenatkan bagi saya dan juga rakan-rakan yang lain kerana kami perlu menghantar segala tugasan dan telah menjalani kem tahunan bagi Bulan Sabit Merah Malaysia. Walau bagaimanapun, kami tetap meneruskan perjuangan sehingga peperiksaan akhir semester kelak. Tutorial Ketujuh (3 Disember 2019) Kajian menunjukkan bahawa apabila kita melukis, ia akan memudahkan kita dalam proses mengingat sesuatu berdasarkan lukisan yang kita lakar. Oleh itu, tutorial pada kali ini amat menarik kerana Dr. Norsofiah meminta kami semua untuk melukis satu ayat berdasarkan makna penggandaan. Lukisan tersebut hendaklah berdasarkan satu ayat sebagai contoh abang menyusun kerusi-kerusi itu. Jadi dalam lukisan tersebut, kami hendaklah melukis abang dan beberapa kerusi yang menunjukkan makna jamak. Oleh itu Dr. Norsofiah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 orang. Setelah kumpulan dibe

REFLEKSI MINGGU DUA BELAS HMT223

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk minggu ke 12 ini, tutorial tidak dapat dijalankan dan terpaksa dibatalkan oleh Dr. Norsofiah. Namun demikian, Dr. Norsofiah telah memberi tugasan kepada kami semua untuk memuat turun flipgram  kemudian menyiapkan tugasan tersebut dengan masa yang telah ditetapkan. Flipgram  merupakan satu yang baru kepada kami semua kerana sebelum ini, kami semua tidak pernah menggunakan aplikasi tersebut. Penggunaan fligram  ini telah menambah ilmu yang baru kepada saya kerana saya belajar untuk meneroka sesuatu yang baru seperti cara untuk merekod video, cara untuk menghantar video dan cara untuk menyertai kumpulan yang telah diberikan oleh Dr. Saya berharap agar aplikasi ini dapat saya aplikasikan semasa saya menjadi seorang pendidik kelak. Kuliah 18 (27 November 2017) Pada kuliah kali ini, Dr. Norsofiah memaklumkan bahawa kami hanya akan melakukan permainan  kahoot yang berunsurkan test memory  dan pengukuhan berkaitan dengan kuliah minggu lalu

REFLEKSI MINGGU SEBELAS HMT223

Image
Tutorial Keenam (19 November 2018) Pada hari ahad yang lepas, Dr. Norsofiah telah memberikan tugasan kepada kami semua melalui telegram . Tugasan tersebut perlulah dilakukan secara berkumpulan dan perlu dihantar pada hari Jumaat (23 November). Walau pun penghantaran tugasan ini agak lewat, namun kami semua perlu menyiapkan diri dengan membaca buku Tatabahasa Dewan sama seperti tugasan yang diberikan bagi persiapan kuiz untuk tutorial pada keesokan hari. Kami mengalami sedikit perubahan tempat iaitu kami tidak menggunakan bilik tutorial pada kali ini, sebaliknya menggunakan Perpustakaan Hamzah Sendut 2 untuk mengadakan tutorial. Kami diminta untuk berkumpul diruangan pameran dan diberikan kuiz. Semasa tutorial dijalankan, Dr. Norsofiah mengarahkan kami untuk melakukan kuiz secara berpasangan. Tutorial pada kali ini amat menarik kerana kami melakukan kuiz hanya dalam lingkungan ruang pameran sahaja. Kami perlu mencari ayat berdasarkan imbuhan yang telah diberikan di dalam kuiz tersebu

REFLEKSI MINGGU SEPULUH HMT223

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat kembali berkuliah setelah seminggu cuti pertengahan semester. Tutorial Kelima (12 November 2018) Sebelum tutorial dijalankan, Dr. Norsofiah telah mengarahkan kami semua untuk membaca tajuk Rencana Linguistik penulis Abdullah Hassan. Alhamdulillah, kami semua berjaya melakukan arahan yang telah diberikan. Semasa tutorial dijalankan, Dr. Norsofiah memberikan latihan kepada kami untuk disiapkan dan perlu dihantar sebelum tutorial tamat. Latihan tersebut adalah berkumpulan dan seperti biasa pasangan kumpulan saya ialah saudari Nurul Zueheinna. Latihan yang diberikan adalah berkaitan dengan morfologi. Secara jujurnya, soalan tersebut sangat sukar bagi kami untuk menjawabnya. Ditambah lagi dengan pemarkahan yang diberikan iaitu, satu kesalahan dikira semua salah. Oleh itu, saya dan Zue sangat teliti dalam membuat latihan tersebut. Setelah semua selesai, kami dikehendaki untuk menukar kertas dengan pasangan yang lain untuk disemak. Walau

REFLEKSI MINGGU LAPAN HMT223

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini, saya akan melakukan refleksi pada minggu ke lapan. Tidak sedar, kita sudah pun sampai ke minggu lapan. Masa berlalu begitu pantas sekali. Kuliah 12 (30 Oktober 2018) Setelah selesai menghantar semua tugasan kepada Dr. Norsofiah, beliau memberi peluang kepada kami semua untuk mengutarakan sebarang persoalan berkaitan dengan tajuk morfem melalui menti.com . Tujuan Dr. Norsofiah memberi peluang ini kepada kami adalah untuk meningkatkan pemahaman berkaitan dengan tajuk morfem. Semasa kuliah berlangsung, Dr. Norsofiah mengadakan kuiz pada awal pagi tersebut berkaitan dengan tajuk morfem. Kuiz pada awal pagi ini telah membuatkan saya segar dari mengantuk kerana untuk pengetahuan, desasiswa Tekun telah menjalankan stimulasi berkaitan dengan latihan kebakaran. Saya berasa amat mengantuk pada awal pagi tersebut kerana tidur lewat selepas selesai latihan kebakaran. Selepas bermain kuiz, Dr. Norsofiah menerangkan beberapa persoalan ya